Sunday, June 12, 2011

Bunga Rewang.

Assalammualaikum.

Tak tahu selalu orang panggil apa nama benda alah ni. Yang saya tahu ia selalu dipakai oleh orang rewang. Jadi, saya panggil ia bunga orang rewang. Ehehe. Ini saya tempah khas pereka dari Tampin. Dia sangat gemar membuat rantai kunci menggunakan kain felt. Terima kasih ya. =)


Inilah dia!

Bahan-bahan yang digunakan.

Model orang rewang. Ehe.

Sudah selesai diguna pada majlis,
boleh di pin di bag atau dijadikan kerongsang.


Fuh, part ini beliau yang berkenaan bertanggungjawab. Sehari siap 10, 5 hari siap 50. Alhamdulillah. =)


P.s : Terima kasih bakal pengapit!


Terima kasih.

Assalammualaikum.

Entri kali ni nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada rakan-rakan yang membantu. Terima kasih tak terhingga. Ada yang jauh datang dari Tampin siap sekeluarga hantar sampai rumah. Terima kasih ya makcik sebab bagi pinjam anak makcik 1 hari 1 malam. Huhu.

Terima kasih juga yang datang dari Bangi. Terima kasih yang di Taman Bakti. 2 hari jadi driver tak berbayar. Terima kasih sangat-sangat. Jasa kamu amat saya hargai.

Untuk tatapan, ini mereka. =)


Dari Tampin.

Dari Taman Bakti.

Dari Bangi.


P.s : Weekend ni datang lagi tau. Hehe.


Saturday, June 4, 2011

Bunga Telur 2

Assalammualaikum.

Lama sudah blog ini ditinggalkan. Banyak betul persediaan yang perlu dibuat. Kejap saja rasanya dah tinggal tambahtolak sebulan. Takutnya saya~ hee~

Ok. Entri baru pasal bunga telur lagi. Tapi bukan bunga telur yang sama. Jeng~ jeng~ jeng~!!!
Yang untuk bunga pahar tu alhamdulillah sudah pun siap 100 batang.
Yang baru ni akan diberi semasa majlis pernikahan saya pada 22 Julai nanti.

Nak rahsia, dah tak jadi rahsia sangat pula. Hehe. Meh la tatap design bunga telur saya yang tak seberapa. Modal untuk sebatang hanya Rm0.50 SAHAJA! Saya akan cuba buat untuk 100 batang juga.

Doakan saya berjaya! =)




P.s : Agaknya dah boleh buka bisnes buat bunga telur tak? =P


Tuesday, March 22, 2011

Prosedur Permohonan Nikah.

Ini mungkin membantu. Saya ambil dari laman sesawang JAIS.


Untuk keterangan lanjut sila rujuk sini.

2. Borang 2C dan borang 2D untuk perempuan.

Untuk keterangan lanjut sila rujuk sini.


Sunday, February 27, 2011

Tuesday, February 22, 2011

Get Ready to Marry Him!

Ini perancangan yang ditiru. Saya olah untuk jadi lebih simple.

12 BULAN SEBELUM MAJLIS
+ Pilih tarikh pernikahan dan persandingan
+ Pilih lokasi, waktu majlis dan tempahan makanan
+ Tentukan gaya dan tema perkahwinan
+ Atur bajet
+ Pilih wedding planner yang boleh ikut kemampuan anda
+ Kumpul nama tetamu jemputan
+ Pilih pengapit, pengiring dan pengacara majlis
+ Pilih barang kemas yang akan diberi semasa nikah
+ Pilih kek pengantin
+ Tempah cenderahati untuk tetamu

5 BULAN SEBELUM MAJLIS
+ Selesaikan semua urusan majlis
- bayar deposit, pilih dan cuba kelengkapan pakaian
+ Pilih dan tentukan semua kelengkapan perkahwinan
- kad kahwin, kek kahwin, bunga tangan, jurugambar, jurusolek dan lain-lain
+ Hubungi kadi dan pejabat agama Islam
+ Hubungi saksi nikah
+ Buat rawatan ke spa

2 BULAN SEBELUM MAJLIS
+ Senaraikan nama tetamu
+ Buat perancangan majlis bersama pengacara
+ Rencanakan bulan madu
+ Atur tempat tinggal saudara yang datang dari jauh
+ Rawatan spa secara intensif
+ Pastikan bunga telur dan sourvenior siap
+ Pastikan ukuran baju sesuai

SEBULAN SEBELUM MAJLIS
+ Mula kirim kad
+ Pastikan barang kemas siap
+ Bincang dengan photographer
+ Tempah penginapan bulan madu
+ Pastikan semua keperluan majlis siap
+ Pilih muzik atau lagu ketika majlis berlangsung

Sumber : blogger


P.s : Truthly, saya tak follow pun. Just untuk rujukan rakan-rakan. Alhamdulillah sikit demi sikit sudah settle. =)

Sunday, February 20, 2011

Bunga Telur.

Jika yang simple, kenapa tidak buat sendiri?
Dari beli Rm5 - Rm10 sebatang, kenapa tidak kita keluarkan modal Rm1 - Rm5 sebatang?

Well, I alway said that ini sekali seumur hidup. Apa salahnya bertungkus lumus untuk itu. Kan?
Dari membazir tak tentu hala, kenapa tidak kita save badget dan buat sendiri.
Jangan dikira penat bila usahanya nanti berbaloi-baloi. =)

Ini sedikit gambar bunga telur buatan dan pembantu-pembantu yang hadir.

1. Ini bahan mentah yang digunakan.


2. Kemudian digunting dan digubah.


3. Hasil yang berlambak.


4. Ini contoh dari kedai.


5. Ini yang kami alter. :P


6. Muka terpaksa. ;D


7. Muka gigih.


8. Mereka akan datang setiap weekend. Hehe.


So, design bunga telur akan ada dua. Satu tiru kedai. Satu plagiat sendiri. =P

P.s : bahan-bahan mentah yang dibeli untuk 100 batang bunga telur.