Tuesday, November 23, 2010

Hari Cantik.


Oh, di sini saya ingin membuat pengakuan. Tarikh hari cantik saya adalah pada 23 JULAI 2011. InsyaALLAH. Ya, seminggu sebelum puasa.

Untuk setakat ini, ia confirm.



Oh ya, saya tidak akan delete blog ini. Memang untuk rujukan rakan-rakan di masa akan datang. Hee~


Wednesday, November 10, 2010

Hantaran

Mari mulakan dengan senarai barang hantaran nak? Err...ini masa tunang.

Bagi incik tunang :
1. Sirih junjung
2. Kain baju nikah + sampin songket
3. Sejadah + kain pelekat + songkok
4. Kasut
5. Buah-buahan
6. Kek foundant
7. Coklat
8. Cookies
9. Potpourri
10. Bahulu ikan
11. Dodol

Yang saya dapat :
1. Tepak sirih
2. Kain baju kurung
3. Telekung
4. Kasut
5. Tuala
6. Al-Quran
7. Buah-buahan
8. Cup cake
9. Coklat

Ok. Mungkin hantaran nikah 5 di balas 7. Ini mungkin diberikan saya kepada incik tunang.

1. Sirih junjung [ini adat]
2. Baju kemeja / t-shirt
3. Kek lagi
4. Perfume
5. Cincin
6. Wallet + belt?
7. Kasut lagi?

Err...tak boleh fikir dah. Apa nak bagi yeh?

Saturday, November 6, 2010

Pembuka bicara.

Assalammualaikum.

Oh, ya. Blog ini diwujudkan sekadar bertujuan untuk menceritakan perihal dan aksi kelam kabut melalui tulisan dalam menuju kepada misi Hari Cantik yang tidak diketahui lagi bila. Sekadar mahu berbicara dan mungkin boleh dijadikan rujukan kepada rakan-rakan yang bakal mengikut jejak hamba.

Belum ada plan. Jadi, tunggu dan lihat sahaja entri akan datang.

Sekian, terima kasih. =)