Sunday, June 12, 2011

Bunga Rewang.

Assalammualaikum.

Tak tahu selalu orang panggil apa nama benda alah ni. Yang saya tahu ia selalu dipakai oleh orang rewang. Jadi, saya panggil ia bunga orang rewang. Ehehe. Ini saya tempah khas pereka dari Tampin. Dia sangat gemar membuat rantai kunci menggunakan kain felt. Terima kasih ya. =)


Inilah dia!

Bahan-bahan yang digunakan.

Model orang rewang. Ehe.

Sudah selesai diguna pada majlis,
boleh di pin di bag atau dijadikan kerongsang.


Fuh, part ini beliau yang berkenaan bertanggungjawab. Sehari siap 10, 5 hari siap 50. Alhamdulillah. =)


P.s : Terima kasih bakal pengapit!


Terima kasih.

Assalammualaikum.

Entri kali ni nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada rakan-rakan yang membantu. Terima kasih tak terhingga. Ada yang jauh datang dari Tampin siap sekeluarga hantar sampai rumah. Terima kasih ya makcik sebab bagi pinjam anak makcik 1 hari 1 malam. Huhu.

Terima kasih juga yang datang dari Bangi. Terima kasih yang di Taman Bakti. 2 hari jadi driver tak berbayar. Terima kasih sangat-sangat. Jasa kamu amat saya hargai.

Untuk tatapan, ini mereka. =)


Dari Tampin.

Dari Taman Bakti.

Dari Bangi.


P.s : Weekend ni datang lagi tau. Hehe.


Saturday, June 4, 2011

Bunga Telur 2

Assalammualaikum.

Lama sudah blog ini ditinggalkan. Banyak betul persediaan yang perlu dibuat. Kejap saja rasanya dah tinggal tambahtolak sebulan. Takutnya saya~ hee~

Ok. Entri baru pasal bunga telur lagi. Tapi bukan bunga telur yang sama. Jeng~ jeng~ jeng~!!!
Yang untuk bunga pahar tu alhamdulillah sudah pun siap 100 batang.
Yang baru ni akan diberi semasa majlis pernikahan saya pada 22 Julai nanti.

Nak rahsia, dah tak jadi rahsia sangat pula. Hehe. Meh la tatap design bunga telur saya yang tak seberapa. Modal untuk sebatang hanya Rm0.50 SAHAJA! Saya akan cuba buat untuk 100 batang juga.

Doakan saya berjaya! =)




P.s : Agaknya dah boleh buka bisnes buat bunga telur tak? =P