Ada baik buruknya. Ikut kepada keadaan semasa. Ikut bajet.
Rumah
+ Memang lebih murah. Kerana kawasan yang digunakan terhad.+ Pelamin [if want to] berskala lebih kecil. Ikut tinggi rumah.+ Ruang sempit. Terhad.+ Mungkin lebih meriah.+ Panas.+ Tetapi menyusahkan tuan rumah. Kena kemas sendiri selepas majlis.
+ Potensi pencuri datang masuk bilik curi barang, duit adalah tinggi.
Dewan
+ Mahal sedikit.
+ Pelamin lebih besar dan lebar tetapi tidak menutupi dindin pentas. Mereka kena pandai adjust supaya tak nampak tergantung.
+ Ruang lebih besar.
+ Suara jadi bergema kerana ruang yang besar so jadi tak clear sangat dengar. Mungkinlah.
+ Sejuk sebab ada air-cond.
+ Tidak susahkan tuan rumah. Lepas guna boleh balik terus.
+ Tetapi perlu sewa dewan. Ada dewan ikut pemasangan air-cond dan kipas. Untuk sejam Rm100. Ada yang main letak Rm1000. Ikut fasiliti yang ditawarkan.
+ Pencuri pun senang masuk. Jika kita letak barang dalam bilik persiapan tanpa penjagaan.
+ Cepat penuh. Tahun ini saja dewan telah ditempah sehingga bulan 6, 7, 8.
++ Tak semua orang mampu. Jadi, ikut bajet anda.
++ dua-dua tempat susah untuk tempat letak kereta. Kadang-kadang kena parking jauh.
++ Lain tempat lain caranya. Ini saya cerita area Ampang.
Untuk saya, saya lebih suka di rumah. Memandangkan ini yang pertama kali untuk keluarga. Rasanya lebih seronok jika dimulakan di rumah. Memang banyak baik buruknya.