Friday, September 23, 2011

Bunga Tisu

Assalammualaikum.

Lama tak update.
Dah sampai masa buat bunga telur untuk abang pula. Hee~

Ni hasil percubaan nak buat bunga telur - bunga tisu. Saja nak ikut trend.

Hasil percubaan salah kertas. Hee~







Nampaknya menjadi. Usaha akan diteruskan! Yosh~!!



P.s : Dah berani buat design baru. Hee~

Tuesday, August 2, 2011

Selesai

Assalammualaikum.

Alhamdulillah. Majlis sudah selesai.
Dengan lancarnya.
Sudahpun 12 hari kami diijabkabulkan.


Blog ini akan diupdate nanti.
Harap bersabar ya. Hee~


Terima kasih kepada yang telah hadir.
Terima kasih kepada yang telah memberi.
Terima kasih kepada yang berucap-ucapan.
Terima kasih kepada yang menjayakan.
Terima kasih kerana melancarkan.
Terima kasih kepada semuanya.

Sunday, June 12, 2011

Bunga Rewang.

Assalammualaikum.

Tak tahu selalu orang panggil apa nama benda alah ni. Yang saya tahu ia selalu dipakai oleh orang rewang. Jadi, saya panggil ia bunga orang rewang. Ehehe. Ini saya tempah khas pereka dari Tampin. Dia sangat gemar membuat rantai kunci menggunakan kain felt. Terima kasih ya. =)


Inilah dia!

Bahan-bahan yang digunakan.

Model orang rewang. Ehe.

Sudah selesai diguna pada majlis,
boleh di pin di bag atau dijadikan kerongsang.


Fuh, part ini beliau yang berkenaan bertanggungjawab. Sehari siap 10, 5 hari siap 50. Alhamdulillah. =)


P.s : Terima kasih bakal pengapit!


Terima kasih.

Assalammualaikum.

Entri kali ni nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada rakan-rakan yang membantu. Terima kasih tak terhingga. Ada yang jauh datang dari Tampin siap sekeluarga hantar sampai rumah. Terima kasih ya makcik sebab bagi pinjam anak makcik 1 hari 1 malam. Huhu.

Terima kasih juga yang datang dari Bangi. Terima kasih yang di Taman Bakti. 2 hari jadi driver tak berbayar. Terima kasih sangat-sangat. Jasa kamu amat saya hargai.

Untuk tatapan, ini mereka. =)


Dari Tampin.

Dari Taman Bakti.

Dari Bangi.


P.s : Weekend ni datang lagi tau. Hehe.


Saturday, June 4, 2011

Bunga Telur 2

Assalammualaikum.

Lama sudah blog ini ditinggalkan. Banyak betul persediaan yang perlu dibuat. Kejap saja rasanya dah tinggal tambahtolak sebulan. Takutnya saya~ hee~

Ok. Entri baru pasal bunga telur lagi. Tapi bukan bunga telur yang sama. Jeng~ jeng~ jeng~!!!
Yang untuk bunga pahar tu alhamdulillah sudah pun siap 100 batang.
Yang baru ni akan diberi semasa majlis pernikahan saya pada 22 Julai nanti.

Nak rahsia, dah tak jadi rahsia sangat pula. Hehe. Meh la tatap design bunga telur saya yang tak seberapa. Modal untuk sebatang hanya Rm0.50 SAHAJA! Saya akan cuba buat untuk 100 batang juga.

Doakan saya berjaya! =)




P.s : Agaknya dah boleh buka bisnes buat bunga telur tak? =P


Tuesday, March 22, 2011

Prosedur Permohonan Nikah.

Ini mungkin membantu. Saya ambil dari laman sesawang JAIS.


Untuk keterangan lanjut sila rujuk sini.

2. Borang 2C dan borang 2D untuk perempuan.

Untuk keterangan lanjut sila rujuk sini.


Sunday, February 27, 2011